Sebuah jawapan yang amat jelas dalam menjawab pertuduhan pembangkang dalam isu pencarian pesawat MH370 yang hilang.
Kita ikuti penjelasan mereka yang pakar;
Menjawab soalan popular mengenai penggunaan kapal selam dalam SAR - Bahagian I
A. Mukadimah.
Kehilangan secara misteri MH370 telah memasuki hari keenam dan pelbagai spekulasi dan teori dibentangkan di alam maya - khususnya di FB.
Antara yang mewarnai misteri MH370 adalah mengenai isu penggunaan kapal selam dalam misi mencari dan menyelamat bawah air dan segalanya bermula apabila salah faham mengenai bantuan yang dihantar oleh pihak Singapura iaitu "submarine support and rescue vessel with divers" dan suasana menjadi heboh kenapa kapal selam kita tak dihantar.
Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Hj Jaafar sekali lagi terpanggil untuk menjawab persoalan terbabit namun – spekulasi dan teori mengapa Scorpene kita tidak dihantar masih bertiup kencang.
Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dan juga mengikuti perkembangan pertahanan semasa, kami di MalDef-Malaysian Defense dengan rasa rendah diri menyatakan hasrat untuk menjawab persoalan ini dengan lebih detail bagi memuaskan hati semua pihak. Kali ini kami akan memberikan jawapan yang panjang.
Untuk kemudahan semua, jawapan kepada pesoalan ini akan dibuat secara bahagian – hari ini kita mulakan dengan bahagian pertama.
B. Permulaan
Pelbagai teori dan spekulasi yang timbul termasuklah 'teori kapal selam kita tak boleh menyelam' - jawapan admin sama. Memang ada satu kapal selam di tanah air kita tak boleh menyelam iaitu di Pantai Klebang, Melaka sana (muzium kapal selam kelolaan oleh Perzim). Kami pernah mengupas isu mengenai kapal selam kita ini satu masa dahulu namun, kami enggan mengulang semula penerangan tentang hal terbabit kerana terlalu banyak masa dibazirkan dalam sesuatu perkara yang seringkali dibangkitkan berulang kali dan pelbagai jawapan telah diberi. Mungkin, kalau semua dapat naik kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak secara percuma baru semua senyap - free ride, sweet isn't it?
Dan ada yang tanpa segan silu mengatakan pembelian kapal selam kita adalah satu pembaziran - cukuplah dengan ayat sebegini. Kami ingin memetik semula kata-kata Allahyarham Tan Sri P Ramlee dalam satu filem beliau - "Sediakan payung sebelum hujan, sediakan perahu sebelum banjir." Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa rantau ASEAN kini mengalami tekanan dalam menjaga kedaulatan kawasan perairan mereka - termasuk kita dalam membendung pencerobohan kuasa besar atau kuasa ketenteraan asing dalam kawasan perairan kita.
Kawasan perairan, maritim dan EEZ bukanlah mudah dijaga. Berapa ramai memahami bahawa betapa luasnya laut dikeliling kita. Sedangkan Selat Melaka yang dilihat kecil sahaja di peta cukup luas bagi pandangan mata kita. Seluas pandangan lautan belum tentu membolehkan kita dapat melihat apa yang ada dikaki langit, disebalik horizon. Sebiru lautan belum tentu kita ketahui akan dalamnya dan sejernih air laut belum tentu ianya cetek.
Jika pembelian aset adalah satu pembaziran - maka, janganlah meroyan dan menggila bila sesuatu perkara buruk berlaku. Apakah pencerobohan di Beting Serupai hanya sekadar sepintas lalu?
C. Punca persoalan.
Yahoo news Malaysia menerbitkan artikel mengenai mengapa kapal selam kita tidak terlibat dalam misi SAR yang seterusnya menjadi persoalan ramai pihak. Begitu juga salah faham akan berita bantuan yang dihantarkan oleh Singapura.
Dan ramai yang membentangkan rekod kejadian Air France Flight 447 (AF 447) pada tahun 2009 dimana sebuah kapal selam milik tentera laut Perancis telah dihantar ketempat kejadian.
Maka dengan ini, diharapkan apa yang dibentangkan oleh kami kali ini dapat membantu untuk merungkaikan segala persoalan dan kekeliruan yang terjadi.
1. Singapura menghantar submarine - kapal selam?
Ramai yang keliru apabila media dalam dan luar negara menyatakan bahawa Singapura menghantar bantuan ke misi SAR dimana Submarine Support and Rescue Vehicle (SSRV) terlibat. Perkataan submarine disini ibarat 'jackpot' kerana terlalu ramai menyangka submarine yang dihantar oleh Singapura adalah combat sub atau kapal selam tempur oleh RSN.
Jika kita perasaan, designasi SSRV tersebut bukanlah designasi ketenteraan yang digunakan pada kapal-kapal dan aset maritime Singapore iaitu RSN (Republic Singapore of Navy). Aset tersebut membawa designasi maritim awam (civilian maritime designation) – MV Swift Rescue, sama seperti MV Bakti kita.
Designasi MV secara tidak langsung memudahkan usaha mencari dan menyelamat tanpa sebarang karenah birokrasi dan diplomatik.
Kenyataan tajuk media mengenai “Singapore offers submarine vessel to search for missing MAS flight: Ng Eng Hen” [a] seperti dilaporkan oleh Strait Times pada hari pertama secara tidak langsung menimbulkan salah tanggapan dimana perkataan submarine vessel tersebut sebenarnya merujuk kepada MV Swift Rescue – dimana submarine vessel boleh disebut sebagai “ kapal di bawah permukaan (laut)” atau lebih mudah disebut sebagai ‘kapal’ selam’.
a [Tajuk berita seperti terdapat pada:http:// www.straitstimes.com/ the-big-story/ missing-mas-plane/story/ singapore-offers-submarine- vessel-search-missing-mas- flight-ng]
Maka, dengan ini – tiadalah Conqueror, Challenger, Centurion, dan Chieftain dari kelas Challenger dan tiadalah Archer dan Swordsman dalam misi ini
2. Salah faham dalam tafsiran.
Rentetan dari tajuk laporan pada [1] tadi, kami sekali lagi ingin menegaskan
Kapal selam tidak semestinya bermaksud sebuah kapal selam yang berupaya untuk melakukan misi ketenteraan kerana terdapat pelbagai jenis kapal selam yang ada dan berbeza kegunaan namun, majoriti kapal selam yang kita ketahui adalah jenis kapal selam tempur.
Selain kegunaan ketenteraan, terdapat kapal selam untuk kegunaan awam (civil use) yang kebanyakannya digunakan untuk kajian maritim dan ada juga digunakan untuk tujuan perlancongan, pemeriksaan bawah permukaan untuk industri cari gali minyak, explorasi bawah permukaan oleh oceanographer dan juga kajian bawah permukaan. Contoh terbaik adalah kapal selam yang dikendalikan oleh syarikat dari Kanada, Atlantis Submarine. [b]
b [rujuk di sini: http:// www.atlantissubmarines.com/]
3. AF447 - kapal selam Esmeraude terlibat.
Kejadian kehilangan misteri MH370 secara tidak langsung membuka kembali kejadian malang yang menimpa AF447 pada tahun 2009. Pada ketika SAR dilakukan, Perancis telah menghantar sebuah kapal selam berkuasa nuklear bernombor penant S604 dari kelas Rubis, Émeraude.
Penglibatan Emeraude dalam misi terbabit adalah untuk pinpoint atau mengesan lokasi kedudukan kotak hitam pesawat AF447. Kotak hitam pesawat terbabit akan mengeluarkan frekuensi ultrasonic selama tiga puluh hari.[c]
c [ http://www.reuters.com/ article/2009/06/07/ us-france-plane-idUSTRE5501 PB20090607 ]
Kehadiran Emeraude dalam misi SAR AF447 ini adalah untuk mengesan kedudukan kotak hitam pesawat malang terbabit sebagaimana yang dinyatakan dalam satu pekeliling yang dikeluarkan oleh pihak BEA (Bureau d'Enquêtes et d'Analyses pour la sécurité de l'aviation civile ).[d]. BEA merupakan badan siasatan di Perancis yang bertanggungjawab untuk melakukan siasatan sebarang kejadian kemalangan atau insiden yang melibatkan pesawat penerbangan awam.
Kehadiran Emeraude turut diiringi oleh dua lagi aset tentera laut Perancis – kapal frigat Ventôse dari kelas Floreal) dan BPC Mistral (L9013 – Force projection and command ships – LHD/BPC)
d [ http://www.bea.aero/en/ enquetes/flight.af.447/ seasearch.af447.en.pdf ]
Emeraude dan beberapa kapal awam yang lain seperti Fairmount Glacier dan Fairmount Expedition dari Louis-Dreyfus Armateurs (LDA) dan kapal oceanography Pourquoi Pas dari IFREMER. LDA mengesahkan kehadiran Fairmount Glacier dan Fairmount Expedition ke misi terbabit dalam bertujuan mengesan kedudukan kotak hitam pesawat terbabit sebagaimana kenyataan media yang dikeluarkan oleh LDA 8 June 2009 [e]. Berdasarkan siaran media itu juga – Glacier dan Expedition akan menarik atau ‘tow’ sistem akustik dan sonar yang dipinjamkan oleh pihak US Navy (rujuk kepada – d)
e [http://www.lda.fr/ press_release-54.html ]
Kehadiran kesemua aset maritim terbabit adalah untuk melaksanakan operasi pencarian fasa pertama yang secara khusus melibatkan pencarian di bawah permukaan di mana Pourquoi Pas, Glacier dan Expedition adalah disewa oleh pihak BEA.
Operasi ini memerlukan koordinasi pencarian dengan melakukan pembahagian zon atau grid.
Antara peralatan akustik yang digunakan adalah:
Two Towed Pinger Locators (TPL) dari US Navy – untuk Glacier dan Expedition.
Multibeam echo sounder, repeater dari IFREMER.
Sonardyne, BEA yang terdapat pada ROV IFREMER.
Dan Emeraude – kapal selam nuklear Perancis [f]
f – [http://www.bea.aero/en/ enquetes/flight.af.447/ sea.search.ops.pdf ]
Namun, fasa pertama pencarian dengan menggunakan pelbagai peralatan serta bantuan aset termasuklah Emeraude, gagal menemui sebarang petanda dan gagal mengesan kedudukan beacon dari blackbox yang boleh bertahan selama 30 hari. Fasa kedua diteruskan oleh Pourquoi Pas dan Nautile Submarine (g).
g – [http://flotte.ifremer.fr/ fleet/ Presentation-of-the-fleet/ Underwater-systems]
Laporan interim BAE yang kedua – yang disiarkan pada 17 Disember 2009 merangkumi dua fasa pencarian AF447 – menemui kegagalan. (Fasa 1 – 10 Jun – 10 Julai 2009 manakala fasa 2 -27 Julai – 17 Ogos 2009) –[ i ]
i – (http://www.bea.aero/en/ enquetes/flight.af.447/ sea.search.ops.af447.17.12. 2009.en.pdf)
*bahagian kedua, bersambung esok malam.
A. Mukadimah.
Kehilangan secara misteri MH370 telah memasuki hari keenam dan pelbagai spekulasi dan teori dibentangkan di alam maya - khususnya di FB.
Antara yang mewarnai misteri MH370 adalah mengenai isu penggunaan kapal selam dalam misi mencari dan menyelamat bawah air dan segalanya bermula apabila salah faham mengenai bantuan yang dihantar oleh pihak Singapura iaitu "submarine support and rescue vessel with divers" dan suasana menjadi heboh kenapa kapal selam kita tak dihantar.
Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Hj Jaafar sekali lagi terpanggil untuk menjawab persoalan terbabit namun – spekulasi dan teori mengapa Scorpene kita tidak dihantar masih bertiup kencang.
Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dan juga mengikuti perkembangan pertahanan semasa, kami di MalDef-Malaysian Defense dengan rasa rendah diri menyatakan hasrat untuk menjawab persoalan ini dengan lebih detail bagi memuaskan hati semua pihak. Kali ini kami akan memberikan jawapan yang panjang.
Untuk kemudahan semua, jawapan kepada pesoalan ini akan dibuat secara bahagian – hari ini kita mulakan dengan bahagian pertama.
B. Permulaan
Pelbagai teori dan spekulasi yang timbul termasuklah 'teori kapal selam kita tak boleh menyelam' - jawapan admin sama. Memang ada satu kapal selam di tanah air kita tak boleh menyelam iaitu di Pantai Klebang, Melaka sana (muzium kapal selam kelolaan oleh Perzim). Kami pernah mengupas isu mengenai kapal selam kita ini satu masa dahulu namun, kami enggan mengulang semula penerangan tentang hal terbabit kerana terlalu banyak masa dibazirkan dalam sesuatu perkara yang seringkali dibangkitkan berulang kali dan pelbagai jawapan telah diberi. Mungkin, kalau semua dapat naik kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak secara percuma baru semua senyap - free ride, sweet isn't it?
Dan ada yang tanpa segan silu mengatakan pembelian kapal selam kita adalah satu pembaziran - cukuplah dengan ayat sebegini. Kami ingin memetik semula kata-kata Allahyarham Tan Sri P Ramlee dalam satu filem beliau - "Sediakan payung sebelum hujan, sediakan perahu sebelum banjir." Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa rantau ASEAN kini mengalami tekanan dalam menjaga kedaulatan kawasan perairan mereka - termasuk kita dalam membendung pencerobohan kuasa besar atau kuasa ketenteraan asing dalam kawasan perairan kita.
Kawasan perairan, maritim dan EEZ bukanlah mudah dijaga. Berapa ramai memahami bahawa betapa luasnya laut dikeliling kita. Sedangkan Selat Melaka yang dilihat kecil sahaja di peta cukup luas bagi pandangan mata kita. Seluas pandangan lautan belum tentu membolehkan kita dapat melihat apa yang ada dikaki langit, disebalik horizon. Sebiru lautan belum tentu kita ketahui akan dalamnya dan sejernih air laut belum tentu ianya cetek.
Jika pembelian aset adalah satu pembaziran - maka, janganlah meroyan dan menggila bila sesuatu perkara buruk berlaku. Apakah pencerobohan di Beting Serupai hanya sekadar sepintas lalu?
C. Punca persoalan.
Yahoo news Malaysia menerbitkan artikel mengenai mengapa kapal selam kita tidak terlibat dalam misi SAR yang seterusnya menjadi persoalan ramai pihak. Begitu juga salah faham akan berita bantuan yang dihantarkan oleh Singapura.
Dan ramai yang membentangkan rekod kejadian Air France Flight 447 (AF 447) pada tahun 2009 dimana sebuah kapal selam milik tentera laut Perancis telah dihantar ketempat kejadian.
Maka dengan ini, diharapkan apa yang dibentangkan oleh kami kali ini dapat membantu untuk merungkaikan segala persoalan dan kekeliruan yang terjadi.
1. Singapura menghantar submarine - kapal selam?
Ramai yang keliru apabila media dalam dan luar negara menyatakan bahawa Singapura menghantar bantuan ke misi SAR dimana Submarine Support and Rescue Vehicle (SSRV) terlibat. Perkataan submarine disini ibarat 'jackpot' kerana terlalu ramai menyangka submarine yang dihantar oleh Singapura adalah combat sub atau kapal selam tempur oleh RSN.
Jika kita perasaan, designasi SSRV tersebut bukanlah designasi ketenteraan yang digunakan pada kapal-kapal dan aset maritime Singapore iaitu RSN (Republic Singapore of Navy). Aset tersebut membawa designasi maritim awam (civilian maritime designation) – MV Swift Rescue, sama seperti MV Bakti kita.
Designasi MV secara tidak langsung memudahkan usaha mencari dan menyelamat tanpa sebarang karenah birokrasi dan diplomatik.
Kenyataan tajuk media mengenai “Singapore offers submarine vessel to search for missing MAS flight: Ng Eng Hen” [a] seperti dilaporkan oleh Strait Times pada hari pertama secara tidak langsung menimbulkan salah tanggapan dimana perkataan submarine vessel tersebut sebenarnya merujuk kepada MV Swift Rescue – dimana submarine vessel boleh disebut sebagai “ kapal di bawah permukaan (laut)” atau lebih mudah disebut sebagai ‘kapal’ selam’.
a [Tajuk berita seperti terdapat pada:http://
Maka, dengan ini – tiadalah Conqueror, Challenger, Centurion, dan Chieftain dari kelas Challenger dan tiadalah Archer dan Swordsman dalam misi ini
2. Salah faham dalam tafsiran.
Rentetan dari tajuk laporan pada [1] tadi, kami sekali lagi ingin menegaskan
Kapal selam tidak semestinya bermaksud sebuah kapal selam yang berupaya untuk melakukan misi ketenteraan kerana terdapat pelbagai jenis kapal selam yang ada dan berbeza kegunaan namun, majoriti kapal selam yang kita ketahui adalah jenis kapal selam tempur.
Selain kegunaan ketenteraan, terdapat kapal selam untuk kegunaan awam (civil use) yang kebanyakannya digunakan untuk kajian maritim dan ada juga digunakan untuk tujuan perlancongan, pemeriksaan bawah permukaan untuk industri cari gali minyak, explorasi bawah permukaan oleh oceanographer dan juga kajian bawah permukaan. Contoh terbaik adalah kapal selam yang dikendalikan oleh syarikat dari Kanada, Atlantis Submarine. [b]
b [rujuk di sini: http://
3. AF447 - kapal selam Esmeraude terlibat.
Kejadian kehilangan misteri MH370 secara tidak langsung membuka kembali kejadian malang yang menimpa AF447 pada tahun 2009. Pada ketika SAR dilakukan, Perancis telah menghantar sebuah kapal selam berkuasa nuklear bernombor penant S604 dari kelas Rubis, Émeraude.
Penglibatan Emeraude dalam misi terbabit adalah untuk pinpoint atau mengesan lokasi kedudukan kotak hitam pesawat AF447. Kotak hitam pesawat terbabit akan mengeluarkan frekuensi ultrasonic selama tiga puluh hari.[c]
c [ http://www.reuters.com/
Kehadiran Emeraude dalam misi SAR AF447 ini adalah untuk mengesan kedudukan kotak hitam pesawat malang terbabit sebagaimana yang dinyatakan dalam satu pekeliling yang dikeluarkan oleh pihak BEA (Bureau d'Enquêtes et d'Analyses pour la sécurité de l'aviation civile ).[d]. BEA merupakan badan siasatan di Perancis yang bertanggungjawab untuk melakukan siasatan sebarang kejadian kemalangan atau insiden yang melibatkan pesawat penerbangan awam.
Kehadiran Emeraude turut diiringi oleh dua lagi aset tentera laut Perancis – kapal frigat Ventôse dari kelas Floreal) dan BPC Mistral (L9013 – Force projection and command ships – LHD/BPC)
d [ http://www.bea.aero/en/
Emeraude dan beberapa kapal awam yang lain seperti Fairmount Glacier dan Fairmount Expedition dari Louis-Dreyfus Armateurs (LDA) dan kapal oceanography Pourquoi Pas dari IFREMER. LDA mengesahkan kehadiran Fairmount Glacier dan Fairmount Expedition ke misi terbabit dalam bertujuan mengesan kedudukan kotak hitam pesawat terbabit sebagaimana kenyataan media yang dikeluarkan oleh LDA 8 June 2009 [e]. Berdasarkan siaran media itu juga – Glacier dan Expedition akan menarik atau ‘tow’ sistem akustik dan sonar yang dipinjamkan oleh pihak US Navy (rujuk kepada – d)
e [http://www.lda.fr/
Kehadiran kesemua aset maritim terbabit adalah untuk melaksanakan operasi pencarian fasa pertama yang secara khusus melibatkan pencarian di bawah permukaan di mana Pourquoi Pas, Glacier dan Expedition adalah disewa oleh pihak BEA.
Operasi ini memerlukan koordinasi pencarian dengan melakukan pembahagian zon atau grid.
Antara peralatan akustik yang digunakan adalah:
Two Towed Pinger Locators (TPL) dari US Navy – untuk Glacier dan Expedition.
Multibeam echo sounder, repeater dari IFREMER.
Sonardyne, BEA yang terdapat pada ROV IFREMER.
Dan Emeraude – kapal selam nuklear Perancis [f]
f – [http://www.bea.aero/en/
Namun, fasa pertama pencarian dengan menggunakan pelbagai peralatan serta bantuan aset termasuklah Emeraude, gagal menemui sebarang petanda dan gagal mengesan kedudukan beacon dari blackbox yang boleh bertahan selama 30 hari. Fasa kedua diteruskan oleh Pourquoi Pas dan Nautile Submarine (g).
g – [http://flotte.ifremer.fr/
Laporan interim BAE yang kedua – yang disiarkan pada 17 Disember 2009 merangkumi dua fasa pencarian AF447 – menemui kegagalan. (Fasa 1 – 10 Jun – 10 Julai 2009 manakala fasa 2 -27 Julai – 17 Ogos 2009) –[ i ]
i – (http://www.bea.aero/en/
*bahagian kedua, bersambung esok malam.
http://www.facebook.com/PapagegeGroup
http://papagege.blogspot.com
http://twitter.com/Papagege