Hutang
Negara: Adakah Malaysia Akan Menerima Nasib Yang Sama (Muflis) Seperti
Greece..?
‘Isu’
hutang Negara sejak kebelakangan ini di jadikan ‘modal politik’ oleh Pakatan
Rakyat yang mendakwa kononnya hutang negara terlalu tinggi dan kerajaan Barisan
Nasional tidak lagi mampu untuk menanggung beban hutang tersebut. Malah ‘pakar
pakar’ ekonomi mereka meramalkan Malaysia kini bagaikan ‘telur yang berada di
hujung tanduk’ dan hanya menunggu masa untuk menerima nasib yang sama seperti
Negara Greece yang menjadi muflis akibat kegagalan mereka membayar hutang yang
terlalu tinggi.
Yang
pasti isu yang agak ‘komplikated’ dan sukar difahami oleh rakyat kebanyakan ini
yang dijadikan senjata utama Pakatan Rakyat semasa PRU ke 13 yang lalu, akan
terus dimainkan oleh mereka didalam pilihanraya kecil DUN Kajang tidak lama
lagi. Berikut antara fakta fakta yang perlu kita ketahui mengenai hutang Negara
yang jauh berbeza dari apa yang dicanangkan oleh Pakatan Rakyat…
1) Jumlah
hutang dalam Negara keseluruhan ketika ini ialah pada kadar 53 peratus dari
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang berjumlah RM440 billion. Dari jumlah
tersebut , 96 peratus adalah didalam bentuk hutang DALAM negara iaitu hutang
dari sumber dalam negara manakala hanya 4 peratus atau RM18 billion dari sumber
LUAR negara.
2) Hampir
dua pertiga dari sumber hutang dalam Negara ialah dari penerbitan dan penjualan
bon bon jangka panjang kerajaan iaitu dengan tempoh pembayaran balik antara
empat ke sepuluh tahun. Hanya 1 peratus sahaja yang perlu dibayar didalam
tempoh satu tahun. Ini secara tidak langsung membuktikan keyakinan pihak yang
memberi pinjaman (pembeli bon) keatas masa depan ekonomi Malaysia yang di
anggap kukuh. Fakta yang diperakui oleh oleh Badan badan Penarafan Kredit
Antarabangsa yang juga mengiktiraf kemantapan dan kemampanan ekonomi Malaysia.
3) Akta
Pembiayaan Kerajaan 1983 dan Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 menetapkan had
maksimum hutang kerajaan setakat 55 peratus dari KDNK. Manakala Akta Pinjaman
Luar 1963 pula menetapkan hutang luar Negara sebanyak RM35 billion. Parlimen
boleh menaikan had hutang tersebut bila perlu sepertimana kongres dan senat
Amerika meningkatkan had pinjaman mereka setiap tahun.
4)
Kenaikan hutang yang mendadak ialah di sebabkan oleh perbelanjaan rangsangan
fiskal kerajaan untuk memastikan ekonomi negara tidak terjerumus ke jurang
kemelesetan akibat krisis kewangan global yang bermula pada tahun 2008 yang
berpunca dari kemelut di Kesatuan Eropah (EU)
5)
Mengikut sejarah rekod hutang Negara, kadar 53% ini bukan lah yang tertinggi.
Pada tahun 1990 hutang Negara adalah pada kadar 75.5 peratus dari KDNK. Malah
dari tahun 1983 sehingga 1991 hutang Negara tidak pernah berkurangan dari 55
peratus. Dan kadar hutang yang terendah dicatatkan ialah pada tahun 2007 dimana
hutang Negara hanya pada kadar 41.5 peratus.
6) Hutang
dalam Negara berlainan dari hutang hutang individu atau syarikat di mana
kegagalan membayar boleh menyebabkan si peminjam di sitiharkan muflis.
Keupayaan membayar hutang individu dan syarikat adalah bergantung kepada
pendapatan atau keuntungan syarikat yang diluar kawalan mereka. Berlainan bagi
sebuah Negara, pembayaran hutang dalam Negara boleh ditentukan oleh kerajaan
Negara sendiri kerana ia boleh menerbitkan (mencetak) wang tambahan melalui
Bank Negara yang di bawah kawalannya. Atau dengan mendapatkan persetujuan
pemberi hutang utk melewatkan dan memanjangkan tempoh pembayaran balik.
7)
Masalah di Greece yang menjadi muflis adalah berpunca kerana sebahagian besar
hutang negaranya iaitu pada kadar 165 peratus dari KDNKnya adalah dari sumber
luar Negara di mana Bank Bank Antarabangsa yang memberikan hutang menuntut
supaya hutang mereka dibayar balik mengikut tempoh yang di tetapkan. Kerajaan
Greece tidak boleh membayar hutang mereka dengan mengunakan matawang asli mereka
iaitu Drachma kerana setelah menjadi ahli Kesatuan Eropah EU matawang aslinya
telah di hapuskan dan diganti dengan matawang Euro dan Bank Pusat Greece tidak
boleh mengeluarkan matawang Euro sewenangnya. Yang pasti Malaysia tidak akan
menerima nasib yang sama seperti Greece kerana hutang luar Negara kita yang
kecil.
8)
Sebagai perbandingan hutang dalam Negara Jepun adalah pada kadar 230 peratus
dari KDNKnya. Manakala jiran ‘kaya’ kita diseberang tambak Johor, iaitu
Singapura pada kadar 118 peratus dan tidak pernah berkurangan dari kadar 70
peratus sejak tahun 1970. Dan sebagaimana Malaysia sebahagian besar dari hutang
tersebut juga digunakan untuk tujuan ransangan fiskal bagi memastikan ekonomi
mereka kekal rancak. Semoga fakta fakta di atas dapat di manfaatkan sepenuhnya
oleh rakan rakan FB BO untuk menyangkal dakyah dan pembohongan Pakatan Rakyat.
Apakata kita mulakan dengan ‘membersihkan’ minda keluarga kita dahulu dan
kemudian di ikuti dengan rakan rakan FB kita. Salam Perjuangan. Blue Ocean –
Sabtu, 1 Februari 2014.
http://www.facebook.com/PapagegeGroup
http://papagege.blogspot.com
http://twitter.com/Papagege