Penulis belum pernah jumpa seorang yang dipertanggung jawabkan mengetuai Biro Media Baru yang BIOL, BEBAL dan NGOKseperti Ibdil atau nama penuhnya Ibdililah Ishak. Jika dulu Unit Media Baru UMB yang diketuai oleh Tun Faisal dipandang sinis disebabkan menggunakan UMB sebagai Batu Loncatan untuk bertanding MKT, (Kalah dengan jumlah undi yang memelukan) kali ini Ketua Pemuda UMNO Malaysia "BERJAYA" melantik seorang yang bebal untuk mengetuai Biro Media Baru, Pemuda UMNO Malaysia.
2 kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau telah mendatangkan kemarahan kepada blogger dan facebooker yang bersekang mata demi mempastikan kemenangan BN dalam PRU13 lalu. Ini kenyataan pertama yang dikeluarkan oleh beliau yang melambangkan tahap KEBEBALAN melampau beliau.
" Kita rasa satu kesilapan kerana membayar blogger, kalau tak dibayar mereka akan hentam kita pula. Sekarang BMB akan cari sukarelawan yang sanggup berkhidmat pada parti secara sukarelawan tetapi mereka tiada platform"
Adakah si mangkuk hayun ni tahu berapa ramai Facebooker, Blogger, Youtuber bukan mengharapkan duit UMNO untuk membantu UMNO?
Ini pula kenyataan kedua yang dikeluar si bahalol ini, yang pastinya melambang tahap otak singkat seorang Pengerusi Media Baru Pemuda UMNO.
"Kita akan perluaskan media maya, INSTAGRAM, twitter merupakan saluran untuk kita menyebarkan maklumat. Dan kita harap selepas ini, pengamal media maya tidak sibuk berpolitik sangat. Kita kena tunjuk pada rakyat, UMNO bekerja. Sebab kalau pembangkang hentam pun, rakyat akan tak endah sebab kerajaan buat kerja "
Ini pula apa yang dibuat beliau bagi mempromosi nama untuk menang jawatan AJK Pemuda UMNO Malaysia.
Sahih si Ibdil mangkuk Hayun ini bukan seorang Pengerusi Media Baru yang dihormati oleh rakan sukarelawan blogger dan Facebooker yang bergiat membantu UMNO tanpa mengenal penat dan lelah tanpa mengharapkan ganjaran.
Mungkin selepas ini Biro Media Baru yang diketuai si Ibdil akan lebih diingati dengan nama " Budak Mangkuk Biol".
http://www.facebook.com/PapagegeGroup
http://papagege.blogspot.com
http://twitter.com/Papagege