Quantcast
Channel: Papagege
Viewing all articles
Browse latest Browse all 107

Gaji Menteri Besar Selangor Naik 100%

$
0
0




Gaji MB naik lebih seratus peratus

SHAH ALAM: Menteri Besar, Speaker, Timbalan Speaker, termasuk Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) bakal menikmati kenaikan gaji pada kadar lebih seratus peratus berkuatkuasa mulai 1 Januari 2014.


Gaji Menteri Besar Selangor yang berjumlah RM14,175.15 meningkat kepada RM29,250 iaitu pada kadar 106.4% sejak kali terakhir dinaikkan pada tahun 2005.

Manakala Speaker Dewan daripada RM6,109.29 naik 268% kepada RM22,500, Timbalan Speaker pula RM3,327.5 kepada RM15,750.


Bagi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), pendapatan RM6,109.29 kepada RM20,250, peningkatan sebanyak 231%.


Perkara tersebut diluluskan dibawah Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 setelah mendapat persetujuan sebulat suara oleh Ahli Dewan.  freemalaysiatoday.com


Persoalan:
1. Berapa ramai rakyat Selangor yang bergaji RM30,000?
2. Apakah semua rakyat bersetuju dengan kenaikan ini?
3. Jika BN umumkan kenaikan minyak 20 sen, ada yang sanggup heret motor. Apakah jika naik RM 15,000 akan ada pemuda PAS yang akan heret LRT?

Kesimpulan: 
1. Anwar sangat bernasib malang. Gaji beliau selaku Penasihat Ekonomi Selangor hanya RM1 sejak Nov 2009, jauh berbeza dengan gaji MB Selangor. Terlepas mendapat gaji dan segala kemudahan Perdana Menteri, lagi sekali kempunan dengan gaji RM1. 
2. Pemuja PR yang bertungkus-lumus mempertahankan PR adakah masih mempunyai akal?
3. PAS walaupun menang besar mengatasi PKR dan DAP di Selangor sekali lagi kempunan bergaji besar..... lagi sekali tertipu dengan permainan PKR. 



http://www.facebook.com/PapagegeGroup 
http://papagege.blogspot.com 
http://twitter.com/Papagege

Viewing all articles
Browse latest Browse all 107