Kerajaan PAS Kelantan kian terdesak. Di dalam pembentangan bajet yang diumumkan di dalam sidang DUN yang lalu menunjukkan defisit sebanyak RM10 juta. Bak kata orang cakap memang senang, nak laksana yang payah. Satakat cakap dengan bermodal air liur memang senang.
Isu Hudud contohnya. Dalam berdegar-degar untuk laksanakan Hudud sebelum PRU13, menuduh UMNO tolak Hudud semata-mata untuk mendapatkan kuasa,
akhirnya.... Menipu rakyat lagi sekali. Pemimpin PAS tidakkah rasa bersalah menipu rakyat sedangkan mereka menikmati jawatan dan gaji yang besar hasil dari penipuan?
Kota Bharu 8 Ogos 2013 Kerajaan PAS Kelantan semalam, membentang Belanjawan 2014 dengan defisit RM10.39 juta, berikutan perbelanjaan mengurusnya mencapai RM559.64 juta, berbanding jangkaan hasil RM549.26 juta.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, berkata menerusi belanjawan bertemakan Kesejahteraan Rakyat, Kemakmuran Negeri itu, hasil Kelantan dijangka merosot 5.58 peratus, manakala perbelanjaan pengurusan meningkat 4.42 peratus.
Beliau berkata, anggaran hasil 2014 dijangka merangkumi cukai sebanyak RM311.12 juta, manakala hasil bukan cukai ialah RM133.05 juta, manakala terimaan bukan hasil RM105.08 juta.
Premium tanah
“Jumlah ini menunjukkan penurunan RM32.51 juta atau 5.58 peratus, berbanding anggaran hasil 2013 yang berjumlah RM581.77 juta. Penurunan ketara ini disebabkan pengurangan dalam kutipan premium tanah.
“Dijangkakan RM24.80 juta saja hasil premium tanah dapat dikutip pada 2014 berbanding RM45 juta pada 2013. Keadaan ini disebabkan tiada pemberian milik tanah secara skala besar,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2014 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Darulnaim, semalam.
Ketika membentangkan belanjawan itu, Ahmad turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Pusat yang meluluskan projek perlindungan hakisan pantai di negeri ini sejak 2007 hingga sekarang, membabitkan kos RM39 juta.
“Peruntukan ini banyak membantu kerajaan negeri dalam usaha menjadikan pantai negeri ini sebagai destinasi pelancongan utama,” katanya.
http://www.facebook.com/PapagegeGroup
http://papagege.blogspot.com
http://twitter.com/Papagege

Berita Harian melaporkan,