Penulis amat tertarik dan bersetuju dengan pertanyaan Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah "Di Mana Telur kita?" Ridhuan Tee ialah cina Malaysia yang tahu betapa bodohnya melayu yang sanggup gadai maruah demi mendapat undi cina tetapi cina tetap cina.
Penulis telah membincangkan tajuk ini di SINI.
Walaupun tulisan beliau ini agak panas dan pedas tetapi itulah realiti yang perlu kita terima jika mahu UMNO tetap relevan di PRU14.
Mana telur kita?
RIDHUAN TEE ABDULLAH 4 November 2013
SAMPAI
bila mahu Islam dihina oleh musuh-musuh Islam yang kita kenali? Mana ‘telur’
kita? Apakah kita sudah tidak ada ‘telur’ lagi
disebabkan oleh kepentingan politik menutupi segala-galanya? Jika ahli politik
sudah tidak ada ‘telur’, mohon Raja-Raja Melayu masuk campur tangan. Jika
tidak, kita akan menyesal kemudian hari. Kita akan dikutuk oleh generasi akan
datang. Kita terus melukut di tepi gantang. Umno dan Pas sudah tidak boleh
diharap. PKR kita tolak ke tepi.
Tidak ada menteri yang bercakap atau bangun
mempertahankan soal penghinaan terhadap korban atau sembelihan di sekolah.
Banyak lagi isu lain yang menyentuh sensitiviti agama Islam yang jelas-jelas
termaktub dalam Perlembagaan sebagai agama Persekutuan, dihina dan dikeji? Apa
kita buat? Kenapa kita begitu dayus?
Kita terlalu menjaga hati orang, sehingga
hati sendiri terguris. Apakah memang benar sembelihan korban dan mempertahankan
kalimah ALLAH itu satu kesalahan? Katakan! Jangan membisu seribu bahasa.
Berdosa. Sekadar ahli parlimen bercakap, masih tidak kuat. Apa pun saya ucapkan
tahniah kepada sahabat saya YB Shahbudin Yahya, MP Tasek Gelugor.
Saya pelik,
dekat pilihan raya sahaja sama ada umum (PRU) atau kecil (PRK), kita menjadi
kecut. Kita tidak berani memberi komen penghinaan yang dilakukan. Malah kita
beri apa yang mereka minta sebanyak-banyak. Nak kata mereka mengundi kita,
tidak juga. Saya amat bimbang dengan desakan cuti dua hari untuk perayaan
minoriti diluluskan, sedangkan perayaan besar agama Persekutuan seperti Hari
Raya Korban hanya diberikan satu hari sahaja. Bayangkan selepas ini,
bangsa-bangsa minoriti Peribumi Sabah Sarawak, yang mana mereka lebih berhak,
turut menuntut cuti dan cuti tambahan hari kebesaran dan perayaan mereka. Maka
berpestalah kita dengan cuti sepanjang tahun.
Ingatan saya, jangan jadi seperti
bangsa Maori di New Zealand. Peribumi Maori merempat di tanah air sendiri bila
orang lain menguasai. Penting sangatlah kerusi Dun Sungai Limau sehingga kita
sanggup serahkan segalanya. Jika Umno tidak memenangi Dun Sungai Limau pun,
Umno masih memerintah Kedah. Tetapi jangan tawarkan bulan dan bintang. Sakit
hati melihatnya. Saya tidak bantah peruntukan lebih RM2 juta diberikan kepada
SJKC di Sungai Limau. Begitu juga dengan Pas. Jangan kerana marahkan Umno dan
kini sudah tidur sebilik dengan DAP dan PKR, kita turut menjadi penakut.
Bersuaralah. Ini tidak, sikit sangat suaranya dalam isu sembelihan korban dan
isu yang menyentuh maruah Islam. Isu kalimah ALLAH, janganlah cerita.
Kepemimpinan pusat tidak membantah apa-apa, kecuali Harun Taib dan Harun Din.
Kedua-dua Harun ini memang hebat dan sepatutnya memimpin Pas, bukan yang lain.
Ingatan kepada Pas dan Umno, jangan kerana dendam dan sudah mendapat kawan
baharu, kita menjadi dayus seolah-olah tidak ada ‘telur’. Rakyat sudah bosan
dengan permainan kedua-dua parti politik Melayu ini. Saya setuju dengan
cadangan sudah sampai masa sebuah parti politik ditubuhkan menggantikan Umno
dan Pas sebagai alternatif kepada umat Islam, yang sedang hangat diperkatakan
dalam laman sosial seperti facebook hari ini. Apa perlu dilakukan adalah dengan
menggabungkan kepemimpinan NGO-NGO Islam yang lantang mempertahankan hak-hak
Islam (Melayu). Antaranya adalah Isma, Perkasa, Jati, Muafakat, Macma, ACCIN
dan lain-lain lagi. Saya harap ia boleh jadi suatu realiti.
Kepemimpinan hari
ini perlu ingat, kemenangan PRU13 sebelum ini adalah kerja keras semua NGO ini.
Mereka bertungkus-lumus memastikan Pakatan Rakyat yang ditunjangi DAP dan PKR
tidak memerintah. Jika Pas memerintah, masih sedap hati ini. Ini tidak, Pas
hanya berjaya mempertahankan Kelantan. Negeri lain, Pas seolah-olah melukut di
tepi gantang. DAP dan PKR tidak mempercayai Pas. Saya sudah lama menyarankan
Umno dan Pas berbincang demi masa depan Islam, tetapi Pas menolak
mentah-mentah.
Hujahnya mudah, Umno tidak mahu Islam. Pas sanggup
bersekongkolkan penentang Islam daripada orang Islam sendiri. Jika begitulah
keadaannya, semua parti politik Islam Melayu sudah tidak ada ‘telur’, maka
sudah sampai masanya sebuah parti Islam yang berani mempertahankan Islam
(Melayu) ditubuhkan. Marilah sama-sama kita merealisasikannya. Kita perlukan
parti politik yang benar-benar ada ‘telur’.

http://www.facebook.com/PapagegeGroup
http://papagege.blogspot.com
http://twitter.com/Papagege