Quantcast
Channel: Papagege
Viewing all articles
Browse latest Browse all 107

Salam Maal Hijrah

$
0
0


HARI INI ISNIN BERSAMAAN DENGAN 30 ZULHIJJAH 1434 HARI TRAKHIR TAHUN HIJRAH 1434.
APABILA BERAKHIR WAKTU ASAR TERBITLAH TAHUN BARU HIJRAH 1435
MARILAH KITA BERSAMA-SAMA KAUM KELUARGA MEMBACA DOA:-
1. AKHIR TAHUN
2. AWAL TAHUN

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH:-

Bismillaa hirrohmaanir rohiim
Dengan nama Allah yang amat Pemurah lagi amat Penyayang;
segala pujian bagi Allah seru sekalian alam;
selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah s.a.w. dan kepada keluarga serta sahabat baginda sekelian

Ya Allah.
Apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau larang kami daripadanya, 
dan tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meridhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut kepada kami walaupun Engkau berkuasa menyiksa kami; 
malah Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat kepada Engkau; 
maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau; 
ampunilah kami dan apa yang kami lakukan padaNya dari apa yang Engkau RidhaiNya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala ke atasnya;
maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan yang Mulia yang mempunyai kebesaran dan kemulaian, semoga Engkau menerima kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami dari Kurnia Engkau Wahai Tuhan Yang Mulia.

Dan cucurilah rahmat kepada penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w. dan kepada keluarganya dan para sahabatnya, dan salam dengan kemurahan;
Maha Suchi Engkau Tuhan yang Tinggi dan Mulia daripada sesuatu yang disifatkan;
dan kesejahteraan kepada Rasul, 
dan segala pujian bagi Allah, Tuhan Sekalian alam.

Cara Membaca dan Faedah-Faedahnya:-
Doa akhir tahun dibaca sebanyak tiga (3) kali pada akhir waktu Asar sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa membaca doa ini, berkatalah syaitan, "kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah binasakan aku Satu saat jua.
Dengan sebab membaca doa ini Allah ampunkan dosanya setahun"

DOA AWAL TAHUN HIJRAH:-

Bismillaa hirrohmaanir rohiim
Dengan nama Allah yang amat Pemurah lagi amat Penyayang;
segala pujian bagi Allah Penguasa sekalian alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi dan Rasul iaitu Penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w. 
kepada keluarga serta sahabat baginda sekelian.
Ya Allah, Engkau yang kekal, qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau yang besar, dan kemurahan Engkau yang melimpah; 
Dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padaNya daripada syaitan yang direjam, Pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan dari nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada Engkau untuk melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada Engkau.
Ya Allah, Tuhan yang merubah segala keadaan, rubahlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kurniaan Engkau,
wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Wahai Tuhan kami. Kurniailah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka. 
Dan cucurilah rahmat dan salam kepada penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w. dan keluarganya dan para sahabat baginda sekalian.
Segala pujian bagi Allah Tuhan Pentadbir seluruh alam.

Cara Membaca dan Faedah-Faedahnya:-
Doa ini dibaca tiga (3) kali selepas sembahyang Maghrib pada malam 1 haribulan Muharram.
Sesiapa membaca doa ini, syaitan berkata, "telah amanlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan".

http://www.facebook.com/PapagegeGroup
http://papagege.blogspot.com
http://twitter.com/Papagege

Viewing all articles
Browse latest Browse all 107